Adakah Istilah 'Ringan-Ringan' Dalam Dosa?
Seiring
dengan usaha kita membina kekuatan iman bersulam taqwa, wujud pula
penghasut paling bahaya iaitu syaitan. Ia tidak pernah berputus asa
membisikkan keraguan ke dalam hati kita. Di samping mengaburi mata
kita dengan tipu dayanya. Untuk itu, kita perlu kenal pasti laluan
syaitan ketika memperdayakan akidah, kepercayaan, pegangan dan keyakinan
kita.Apabila kita amati puncanya, dapatlah diketahui bahawa hasutan syaitan itu banyak menyusup melalui pandangan dan renungan mata!
Kenapa pula pandangan mata perlu dipersalahkan?
Menentang Hasutan Syaitan
Dalam
Al-Quran, jelas sekali Allah mendedahkan bahawa musuh manusia bukanlah
manusia tetapi Iblis yang ingkar akan perintah-Nya untuk sujud kepada
Adam.Oleh kerana disingkirkan dari syurga, Iblis berjanji untuk membinasakan Adam dan anak cucunya hingga ke hari akhirat. Allah telah mengizinkannya.
Allah mengingatkan agar kita sentiasa berwaspada daripada pengaruh syaitan. Ia melihat dan hidup bersama kita tetapi kita tidak dapat melihatnya. Dia selalu mengacau sekalipun dalam solat. Ia menghiaskan kita dengan pelbagai maksiat.
Redha vs Terpaksa
Setiap
perjalanan hidup ini ada dugaan yang datang menghampiri. Tidak kira
sama ada kita rela atau tidak ia pasti menjengah hidup dan kehidupan.
Semua hambaNya pasti merasa dengan cubaan dan dugaan yang dihulurkan
agar kita sebagai hambaNya yang hina tidak pernah lupa dan alpa bahawa
Dia adalah pentadbir alam yang sebenar-benarnya.Itu apa yang dikata, namun sunnnatullah kita lah hamba yang paling hampir dengan sifat lupa dan alpa walau terkadang hidup dan diri di uji tetapi masih terus hanyut entah ke mana. Kerana kita tidak redha dengan ujian yang di beri, tidak terima dengan cubaan yang menguji, tidak ingin mengambil pengajaran dari dugaan yang Allah S.W.T hantar dalam hidup ini.
No comments:
Post a Comment