Dextrose,
Sweet Whey, Krimer, Ekstrak Malta, Susu Skim, Serbuk Kacang Soya,
Ekstrak Tiram, Ekstrak Tribulus Terrestris, Ekstrak Guarana, Ekstrak
Pale Catechu, Ekstrak Epimedium, Ekstrak Fenugreek (halba), Inositol,
Mineral dan Vtamin.
PEMBUNGKUSAN:
5g x 14 sachet serbuk dalam sachet aluminium.
Spesifikasi untuk lapisan aluminium : 120mm, PET / PE / foil / PE / LLDPE (5 lapisan)
Saiz bungkusan: 5g x 14 sachet
Kotak akan di 'shrink wrap' (bungkus dengan plastik telus cahaya)
PETUNJUK:
Sebagai makanan kesihatan untuk kaum lelaki.
PENYIAPAN:
PERINGATAN:
Simpan ditempat sejuk dan kering dibawah 30oC. Jauhi dari kanak-kanak.
KEBAIKAN/KHASIAT RAMUAN:
SERBUK KACANG SOYA
EKSTRAK TIRAM
Ekstrak tiram mengandungi khasiat seimbang seperti zink dan taurine. Ia juga mengandungi glycogen,
vitamin-vitamin dan berjenis-jenis galian. Dari sudut kandungan
khasiat, kedudukan tiram adalah lebih tinggi dari hidupan bercengkerang
dan juga hasil makanan yang lain.
Jika
dilihat dari sudut kesihatan seksual kaum lelaki, zink adalah sangat
penting untuk kesihatan zakar dan prostat. Kelenjar prostat mengandungi
lebih zink jika dibandingkan dengan organ-organ lain di dalam badan.
Penambahan zink akan menghasilkan peningkatan dalam kadar testosterone
bebas di dalam darah. Pada masa yang sama, penambahan ini akan
menyebabkan peningkatan pada syahwat, mengurangkan keletihan, dan juga
memperbaiki kesihatan seks. Kekurangan zink pada lelaki boleh
menyebabkan hypogonadisma, di mana zakar mengecut dan kehilangan fungsi.
Satu
lagi impak menarik tentang zink ialah air mani juga mengandungi
kandungan zink yang tinggi, 700 kali lebih banyak dari plasma darah.
Sebabnya tidak jelas namun dengan setiap pancutan, seorang lelaki dewasa
akan kehilangan 0.7mg zink bagi setiap ml air mani. Jika tahap zink
tidak diganti, kesannya ialah seseorang itu boleh kehilangan tenaga
syahwatnya.
EKSTRAK TRIBULUS TERRESTRIS
Tribulus terrestris telah memainkan peranan yang sangat penting dalam perubatan tradisional di
beberapa negara berkurun lamanya. Di India, Tribulus terrestris telah
digunakan sebagai perangsang nafsu manakala di negara Cina, ia digunakan
untuk kesihatan hati, buah pinggang, saluran kencing dan juga
kardiovaskular. Ia juga ada digunakan untuk mengubati sakit kepala dan
kepenatan. Orang Yunani purba pula ada menggunakan buah dari pokok ini
yang telah dikeringkan sebagai pelawas dan tonik kesihatan.
Selain
dari apa yang telah disebutkan, kekuatan herba ini terletak pada
kemampuannya unyuk mengubati masalah kesuburan kaum wanita, mengubati
mati pucuk dikalangan lelaki dan merangsang syahwat untuk kedua-dua jantina. Ia juga mampu menambahkan kekuatan otot. Tindakbalasnya
dapat mengurangkan kadar lipid (sejenis sel lemak) dalam
asterioslerosis, hypertension (kenaikan darah tinggi), dan fungsi hiper
korteks adrenal yang disebabkan oleh makanan laut bercengkerang yang
mempunyai kadar lipid tinggi, asid urik, gula dalam darah yang
berlebihan kerana pengeluaran bendalir dalam perut.
Kandungan aktif yang terdapat pada tribulus terrestris adalah Saponins – ruscogenine, hemogenine, diosgenin; sterols – sito sterol – campesterol; flavonoids – kampferal, quercetin; asid-asid lemak – palmitic, stearic, oleic, asid-asid linoleic.
EXSTRAK GUARANA
Guarana digunakan dan amat terkenal sebagai perangsang dan tindakan hermogenic. Kebaikan Guarana ialah ia adalah sejenis perangsang
semulajadi. Oleh itu, kegunaannya telah tersebar meluas serata dunia.
Di Amerika Syarikat, guarana dipercayai boleh menambahkan daya
kecerdasan mental sesorang.
Kaum asli yang tinggal di hutan hujan telah menggunakan guarana khasnya sebagai perangsang
dan astringen, dan juga untuk mengubati cirit-birit yang kronik.
Perubatan secara tradisi dan juga di masa silam banyak menggunakan
Guarana untuk membantu masalah saluran darah – sebagai analgesic,
astringent, memerangi obesiti, perangsang dan tonik syahwat, mengubati
cirit-birit, hipertension, pening kepala, neuralagia dan dysentry.
Guarana meningkatkan tahap kecerdasan otak, melawan kepenatan, dan menambahkan stamina serta ketahanan fizikal. Ia
merupakan sejenis tanaman yang berasal dari Brazil, Berjuta-juta
penduduknya menggunakan Guarana setiap hari sebagai tonik kesihatan. Ada
laporan menyatakan yang Guarana membantu mengurangkan keletihan selepas
terdedah lama pada cahaya matahari, membersihkan darah dan memudahkan
proses pembuangan angin dan mengurangkan obesiti. Manakala sebagai
produk penjagaan diri pula, Guarana mempunyai sifat-sifat astringent
yang sesuai untuk mengatasi masalah selulit.
EKSTRAK DAUN PALE CATECHU
Kaum
asli di Peru menggunakan gambir untuk mengubati penyakit seperti barah,
kencing manis, ulser, arthritis, jangkitan dan juga untuk membantu
proses bersalin. Selain dari itu, di Peru dan juga di Eropah, ia juga
digunakan sebagai kaedah perlindungan dari kehamilan. Cat’s
Claw pula ialah pengubat untuk jangkitan viral seperti herpes, shingles
(kayap) dan virus leukemia feline. Pada tahun 1990an pula, didapati
yang ia mampu membantu mereka yang mengidap AIDS dan jangkitan HIV. Pada
masa itu juga , kajian ada dijalankan mengenai kebolehan ia mengubati
alahan, ulser perut, rheumatoid arthritis dan osteoarthritis.
Cecair
yang terdapat pada pucuk muda pokok ini boleh disapu untuk mengurangkan
masalah saliran darah dan juga mengurangkan tekanan darah. Ia juga
digunakan sebagai ubat pelali. Kaum Indian Peru menggunakan daun ini
untuk mengubati barah. Namun begitu, tiada kajian yang membuktikan
kemujarabannya. Pale catechu (uncarai gambir) mengandungi anti tumor,
anti-oksidan dan sifat-sifat mengurangkan bengkak, - mujarab untuk menguatkan sistem perlindungan badan dan permasalahan usus.
EKSTRAK EPIMEDIUM / HORNY GOAT WEED
Horny goat
weed, sejenis herba yang digunakan dalam perubatan tradisional Cina,
dipercayai dapat meningkatkan aliran darah, mengawal urat darah, dan
juga melawan melawan jangkitan penyakit. Sifat-sifat seperti ini amat
berguna dan membantu mereka yang mengalami penyakit kardiovaskular dan
bronkitis. Herba ini juga dipercayai mampu menguatkan daya seksual
seseorang.
EKSTRAK FENUGREEK (HALBA)
Fenugreek(Trigonella foenum-graecum) ialah sejenis herba yang telah digunakan didalam bidang perubatan sejak zaman silam lagi. Pada
zaman moden ini, khasiat yang banyak dikaitkan dengan fenugreek ialah
ia dapat merangsang pengeluaran susu dikalangan kaum wanita. Selain dari
ini, fenugreek bila dimakan dipercayai dapat membantu mereka yang
mengalami masalah berikut:
-
Kencing manis
-
Kolesterol tinggi atau triglycerides tinggi
-
Hilang selera makan
-
Masalah penghadaman atau sakit ulu hati
-
Sembelit
-
Mati pucuk (dikenali juga sebagai erectile dysfunction (ED)
-
Botak
INOSITOL
Inositol ialah sejenis insomer glukos
semulajadi yang dihasilkan badan. Penghasilan Inositol dapat
menghasilkan isyarat penting kepada beberapa bahagian pada otak.
Penyelidikan di dalam bidang ini adalah amat terhad namun begitu
petunjuk awal mendapati jawapan positif dalam masalah berkaitan dengan
otak atau fikiran seperti sentiasa di belenggu kemurungan, kurang
pengawalan diri dan mudah diserang perasaan cemas.